Friday, February 17, 2012

t.u.a.h. d.h.i.y.a. i.n.s.y.i.r.a.h.



Sesi Perbincangan Upin & Ipin (18 Feb 2012) Anjuran University of Nottingham Malaysia di Les’ Copaque Production Sdn Bhd

Ni la namanya rezeki anak dara aku yang tua tu.... Dhiya Insyirah terpilih di antara kanak-kanak yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor..... Nak diajadikan cerita, semalam time balik aku balik keje, dalam kete sempat terlena sekejap masa on the way tu... tetiba 'telepon... telepon berbunyi..... ada orang call aku la... " (dengan gaya n nada dari cerita WONDERPAT) hehehehehe.... kene plak naik no yang tak dikenali... memula malas nak angkat... biasa ler, kekadang no ni orang yang bukan2... promote kad la... loan la... percutian la... tu yang malas nak angkat tu.... tak kuasa mak nak layan nak! hahahaha.... tapi ntah macam mana, tergerak tangan ni pi tekan accept... hadoiiii.... terjawab le phone call tu plak.... nak tak nak melayan ler.... baru jer dia cakap HELLO aku dah cakap,

aku : U ni dari mana yer... kalau u nak promote apa2 ai tak berminat... harap maklum!

lynette : maaf puan, ai dari University of Nottingham Malaysia ingin memaklumkan anak puan Dhiya Insyirah telah terpilih untuk sessi temubual dan kajian mengenai program sukaramai Upin dan Ipin... kami berbesar hati sekiranya puan dan anak puan dapat turut serta dalam program ini pada 18 Feb 2012 sabtu ini...

aku : oooooo ai ingat u mau promote barang... i see.... so anak ai cume perlu hadirkan diri saja ke?

lynette : yer puan, kami cuma mau temuramah anak puan sahaja... kami juga ada sediakan goodies bag dan juga anak puan diberikan peluang untuk bergambar bersama maskot upin dan ipin pada hari tersebut....

so..... aku pun dengan rela hati dan berbesar hati bersetuju dengan cadangan dan pelawaan mereka....... lepas diaorang call terus diaorang send sms dan email kat aku mengenai jemputan esok :

..........................................................................................................................................................................

Puan Yasarina Yayah,

Kajian penonton/peminat Upin dan Ipin (Selangor dan Wilayah Persekutuan) oleh University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) dan Multimedia Development Corporation (MDEC)

Bagi pihak UNMC, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Yasarina kerana sudi membenarkan saya dan pasukan pengkaji saya mengadakan sesi perbincangan tentang rancangan sukaramai, Upin dan Ipin, dengan anak puan.

Maklumat tentang perjumpaan ini adalah seperti berikut:

1. Hari: Sabtu, 18 Februari 2012

2. Tempat: Les’ Copaque Production Sdn Bhd

No.1 Jalan Boling Padang G13/G,

Seksyen 13, 40100 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.


3. Waktu: 3.30 petang hingga 5.30 petang

a. Pendaftaran: 3.30 petang

b. Sesi perbincangan tertumpu: 4.00-4.45 petang

c. Penyampaian `goodie bag’: 4.45-5.00 petang

d. Jamuan ringan dan sesi bergambar: 5.00-5.30 petang

Bersama-sama ini disertakan peta perjalanan ke Les Copaque (di bawah sekali).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi saya melalui nombor yang tertera di bawah ataupun pembantu-pembantu penyelidik kajian yang berikut:

1. Cik Mah Ming Yi

No. Tel. Bimbit: 016 6200 225

Emel: ksay1mym@nottingham.edu.my

2. Cik Lynnett Yip Lik Jing

No. Tel. Bimbit: 016 967 6257

Emel: ksay9llj@nottingham.edu.my

Kami sangat mengalu-alukan penyertaan anak puan (dan juga puan) dalam kajian yang penting ini dan sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih.


Sekian.


Yang benar,

Dr Lim Ngat Chin, Eunice

Director of Executive Education

Nottingham University Business School
University of Nottingham Malaysia Campus
Jalan Broga

43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan

Malaysia

Tel: + 6(03) 8924 8298 (Direct)

Email: Lim.Ngatchin@nottingham.edu.my

..........................................................................................................................................................................

so.... esok aku akan bawa dhiya bergembira di Les’ Copaque Production Sdn Bhd Shah Alam.... dah baper minggu anak aku tu terperap jer kat umah semenjak kene "chicken pox"... dia pun excited sangat nak pergi... dia siap cakap, mummy kite pergi tau, nanti kite nak say hye kat UPIN n IPIN.... ok la shayang... sok mummy bawa awak n adik awak berjimba di sana hehehehehe....

jumpa di sana yer :))))))

jom kiter :)

Tuesday, February 14, 2012

w.e.e.k.e.n.d. y.a.n.g. p.a.n.j.a.n.g........

S a l a m S e m u a :)

Sabtu - cuti :) ....... Ahad - Cuti jugak......... Isnin - saya cuti lagik!!!! hoyeah!!!
hamek kau! dah cuti panjang malas giler mau naik kelijer.... uhuk uhuk.... ai sambung cuti boleh??? wakakakakakaka..... suker hati mak abah aku jer :) ;p

12.02.12
Tarikh ini adalah hari gembira buat adik kesayangan aku yang sorang tu..... moga selamat n bahagia dengan cik tunang tersayang... jaga perhubungan ni elok2 yer sepoi.... sepanjang tempoh tunang jangan gaduh-gaduh ek! no no & no!!! gaduh2 ai luku kepala u olsss ;p ..... adik aku yang nak bertunang tapi kami adik beradik xcited lebih kan kan kan kan..... puas hati dengan persiapan hari bahagia tuk sepoi... harap sepoi gembira dengan ape yang kami dah buat..... puas hati tak sepoi?????? takpe tak puas hati simpan dalam hati... kalo puas hati sila senyum lebar2 yer... ;p...... semoga dipermudahkan segala urusan untuk masa akan datang.... lepas ni buat preparation dari awal lagi bagi mengelakkan keadaan kelam kabut bile nak sampai masa nanti ;)

13.02.12
Aku cuti lagik :)........ Indahnyer hari cuti masa orang dok sebok kerja akakakakkaa ;p.......
kat umah ada family dari ipoh lagi.... harini dioarang akan balik ipoh... wah sedey :( kosong balik umah ni uhuk uhuk.... sunyi balik..... nak ikut balik ipohhhhhhhhh..... huwaaaaaa ;(((..... bile masa dah time, tengahari semua dah berangkat pulang ke destinasi yang ingin dituju.... kami yang tinggai kat umah memulakan sessi "MENGEMAS RUMAH"..... sib baik ada assistant sepoi membantu kerja-kerja mengemas dari mula hingga akhir hehehehehhe..... kerja pembersihan dari ruang tamu hingga kedapur dilaksanakan dengan jayanya!!! sasaran telah tercapai hahahahha..... setel semua benda kami pun merehatkan diri... makan tenghari pun tidak akaakakaka.... walaupun letih... tapi aku sangat seronok menempuh hujung minggu yang padat dengan aktiviti bersama keluarga tersayang :)


r.a.g.a.m. a.n.a.k.-.a.n.a.k

aku dengan dhiya dan macam 'twetty and the pussy cat' plak akakakkaa....

aku ni suke sakat dia.... dia kata dia anak daddy.... ;p buwekkkk haahahaha - ader mummy kesah hihihihi....... pastu dia kata plak icha tu anak mummy..... :D... anak... anak..... untuk pengetahuan anakku, dua-dua mummy shayang.... isk isk isk..... ni bukan aper, gara-gara disebabkan aku garang lebih dari bapak dia, tu yang aku kene banned tu akakakaka...

tapi nak dijadikan citer, biler time daddy dia takde, bukan men shayang kat mummy ek! dhiya oh dhiya..... sib baik la korang kecik lagi.. kalau tak mau jauh hati mummy ni ;p..... petang tu dengan niat suci n murni aku bawak diaorang pi main kat taman di Presint 15 :) suasana sangat aman kat situ... tak ramai orang... so aku pun suker la.... si kakak cukup sonok biler kata nak bawa pi main kat taman... terknja-kinja macam aper lagik ntah.... si adik yang tak baper nak paham pun duk bertepuk tangan sonok tengok kakak happy semacam jerk hahahahaha....... sampai jerk kat taman, si adik nampak playground terus menjerit kerianagan macam nampak cotton candy yang besar kat depan dia hahahahah

dalam perjalanan balik terjadila satu insiden ni,
mummy : "lembaps betul la kete depan ni.... b***h tul kete ni"
dhiya : "haaa haaa mummy dosa tau cakap b***h tu... lantak nanti masuk API MELAKA!!"
aper lagik aku ngan en asben dok gelak besar dalam keter sampai nak pecah perut biler dengar ayat si kakak.
mummy : " oooo cakap macam tu boleh kene masuk api MELAKA ek??? huwaaa takut nyer mummy... hehehehe.... api melaka kat mana? ???"
dhiya : "kat melaka la"
jawapan dhiya dengan penuh confident ;p
bile si anak kecik yang masih belum tahu ape-ape sangat comel mengutarakan butir bicara yang hanya mereka tahu sebut tetapi mereka tidak mengerti mengenai maksud yang diperkatakan :) oleh itu kite kene ingat, mereka ibarat kain putih yang perlu kita jaga dan warnai dengan kebaikan.....

stakat ni jer citer tuk kali ni... nanti aku sambung lagi :)
wassalam........

Friday, February 10, 2012

i.m b.a.c.k.!!!!!!

S a l a m 1 M a l a y s i a s e m u a :D

perghhhhhh Lamanya meninggalkan dunia blogger ni..... kini aku kemabali.... kembali dengan pertambahan keluarga dan pertambahan berat badan hahahahahah.... untuk makluman semua aku makin GEBUssssss akakakakakak.... lagi satu bukan aper, saje nak cukupkan rase yang dah lama tak diadun bersama.... hehehehhee garam ke.... gula ker..... ashem ker.... hehehehehehe

ni lerrrr buah hati pengarang jantung saya....
d h i y a i n s y i r a h & d h i y a d a n i s h a



T.r.y & e.r.r.o.r.

agak-agak baper lama la bertahan kali ni kan kan kan... harap saya tak cepat bosan dengan dunia blog ni... nak kongsi citer ngan kawan-kawan kat sini.... sekurang-kurangnyer kalau ada beban batu besar yang ditanggung dapat diringankan sikit kan kan kan kan..... harap kengkawan sudi "follow me bcak" uhuuuu.......
macam-macam perkara dah berlaku sepanjang peninggalan blog ni.... last update 2009... perghhhhhhhhh hahahahha sengal tul la aku ni... akakakakka.... takpe... dulu masa menulis anak baru sorang..... skang ni dah 2 orang... hehehehehe nanti kite leh kenai dengan family ai yang terkini yang lagi vogie the vasss!!!! ahaks!!!