Friday, February 17, 2012

t.u.a.h. d.h.i.y.a. i.n.s.y.i.r.a.h.



Sesi Perbincangan Upin & Ipin (18 Feb 2012) Anjuran University of Nottingham Malaysia di Les’ Copaque Production Sdn Bhd

Ni la namanya rezeki anak dara aku yang tua tu.... Dhiya Insyirah terpilih di antara kanak-kanak yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor..... Nak diajadikan cerita, semalam time balik aku balik keje, dalam kete sempat terlena sekejap masa on the way tu... tetiba 'telepon... telepon berbunyi..... ada orang call aku la... " (dengan gaya n nada dari cerita WONDERPAT) hehehehehe.... kene plak naik no yang tak dikenali... memula malas nak angkat... biasa ler, kekadang no ni orang yang bukan2... promote kad la... loan la... percutian la... tu yang malas nak angkat tu.... tak kuasa mak nak layan nak! hahahaha.... tapi ntah macam mana, tergerak tangan ni pi tekan accept... hadoiiii.... terjawab le phone call tu plak.... nak tak nak melayan ler.... baru jer dia cakap HELLO aku dah cakap,

aku : U ni dari mana yer... kalau u nak promote apa2 ai tak berminat... harap maklum!

lynette : maaf puan, ai dari University of Nottingham Malaysia ingin memaklumkan anak puan Dhiya Insyirah telah terpilih untuk sessi temubual dan kajian mengenai program sukaramai Upin dan Ipin... kami berbesar hati sekiranya puan dan anak puan dapat turut serta dalam program ini pada 18 Feb 2012 sabtu ini...

aku : oooooo ai ingat u mau promote barang... i see.... so anak ai cume perlu hadirkan diri saja ke?

lynette : yer puan, kami cuma mau temuramah anak puan sahaja... kami juga ada sediakan goodies bag dan juga anak puan diberikan peluang untuk bergambar bersama maskot upin dan ipin pada hari tersebut....

so..... aku pun dengan rela hati dan berbesar hati bersetuju dengan cadangan dan pelawaan mereka....... lepas diaorang call terus diaorang send sms dan email kat aku mengenai jemputan esok :

..........................................................................................................................................................................

Puan Yasarina Yayah,

Kajian penonton/peminat Upin dan Ipin (Selangor dan Wilayah Persekutuan) oleh University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) dan Multimedia Development Corporation (MDEC)

Bagi pihak UNMC, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Yasarina kerana sudi membenarkan saya dan pasukan pengkaji saya mengadakan sesi perbincangan tentang rancangan sukaramai, Upin dan Ipin, dengan anak puan.

Maklumat tentang perjumpaan ini adalah seperti berikut:

1. Hari: Sabtu, 18 Februari 2012

2. Tempat: Les’ Copaque Production Sdn Bhd

No.1 Jalan Boling Padang G13/G,

Seksyen 13, 40100 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.


3. Waktu: 3.30 petang hingga 5.30 petang

a. Pendaftaran: 3.30 petang

b. Sesi perbincangan tertumpu: 4.00-4.45 petang

c. Penyampaian `goodie bag’: 4.45-5.00 petang

d. Jamuan ringan dan sesi bergambar: 5.00-5.30 petang

Bersama-sama ini disertakan peta perjalanan ke Les Copaque (di bawah sekali).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi saya melalui nombor yang tertera di bawah ataupun pembantu-pembantu penyelidik kajian yang berikut:

1. Cik Mah Ming Yi

No. Tel. Bimbit: 016 6200 225

Emel: ksay1mym@nottingham.edu.my

2. Cik Lynnett Yip Lik Jing

No. Tel. Bimbit: 016 967 6257

Emel: ksay9llj@nottingham.edu.my

Kami sangat mengalu-alukan penyertaan anak puan (dan juga puan) dalam kajian yang penting ini dan sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih.


Sekian.


Yang benar,

Dr Lim Ngat Chin, Eunice

Director of Executive Education

Nottingham University Business School
University of Nottingham Malaysia Campus
Jalan Broga

43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan

Malaysia

Tel: + 6(03) 8924 8298 (Direct)

Email: Lim.Ngatchin@nottingham.edu.my

..........................................................................................................................................................................

so.... esok aku akan bawa dhiya bergembira di Les’ Copaque Production Sdn Bhd Shah Alam.... dah baper minggu anak aku tu terperap jer kat umah semenjak kene "chicken pox"... dia pun excited sangat nak pergi... dia siap cakap, mummy kite pergi tau, nanti kite nak say hye kat UPIN n IPIN.... ok la shayang... sok mummy bawa awak n adik awak berjimba di sana hehehehehe....

jumpa di sana yer :))))))

jom kiter :)

0 comments: